Melentur.....

slm pembaca sekalian...

lambat nak update la... mls sikit sejak akhir akhir ni... tapi, igt balik apa yang dipesan oleh saeed... dah ade blog tu... ianya ade hak utk diudatekan... jgn bersarang pula jadinya... jgn hangat2 tahi ayam..*tp pelik rasanya... tahi ayam hangat ke? penulis rasa, hangat lagi tahi lembu... fresh from b*tt... hehehe.. mnegaruk la pulak jadi nya....

berbalik kepada tauk post kali ini... tajuk yang penulis letakkan adalah "melentur"...menurut kamus dewan online yang beradress
disini, maksud melentur itu adalah:
  • melengkung atau membengkok spt julai batang buluh dll; berkelok (bkn benda-benda panjang yg lembut): Dawai-dawai telefon ~ pd musim panas.
  • mudah dilengkungkan atau dilentukkan tetapi tidak mudah patah.
  • ki dpt disesuaikan dgn keadaan (bkn peraturan dsb); lw ketat atau kaku.

tapi disini penulis menyamakan melentur itu dengan perkataan didikan... asuhan... pelajaran... and ntah.....(T_T) semua ini di kaitkan dengan sesuatu sifat yang hendak kita tanamkan kedalam diri seseorg, diri kita sendiri mahupun diri org lain....berdasarkan sabda nabi, nak ajar sesorang perlulah diajar sejak kecil lagi. sabda nabi yang mafhumnya adalah:
didiklah anakmu utk solat ketika dia berumur 7 tahun manakala, rotanlah anak kamu ketika dia berumur 10 tahun jika dia masih meninggalkan solat...(au kama qa la nabi)

bak pepatah melayu pulak, "meluntur buluh biaarlah dari rebungnya"... ini semua adalah disebabkan apabila seseorg dah besar, maka susah kot kita nak didik, kita nak tanam sifat baru, nak asuh.. ntah, sape yang rasa dirinya susah dididik, diasuh dan diajar... maka ketahuiah bahawa dirinya sudah tua... hehehe... penulis masih muda lagi...*perasan lebih*... jangan marah ye pembaca sekalian... siapa yang makan lada dialah yang terasa pedasnya..

post ini juga ada kaintan dengan post yang sebelumnya.... okay la, straight to the point...
disini ada dua cara utk kita nak wujudkan sifat muraqabatilah .... antaranya:

1. yakin sebenar-benarnya bahawa alah maha ketahui terhadap semua yang berlaku.

- apa bila kita dah yakin bahawa allah tahu apa yang kita buat, mesti masa kta nak buat maksiat kita rasa malu, jadi disini, dapat tahu sifat malu kita berada dimana? dlm poket? dalam hati? dalam jiwa? yang tu... tanya diri sendiri la... diri sendiri lebih arif ttg diri kita... insyaAllah....

- satu lagi, nabi muhammad telah baersabda yang mafhum sabdanya berbunyi, "maka apabila kamu sudah tiada sifat malu dlm diri kamu, maka kamu akan melakukan apa sahaja". ini membuktikan bahawa, sesiapa yang asyik buat maksiat, sifat malunya sudah berkurangan... dan semakin hari semakin terhakis... sehiggalah dia sanggup buat apa sahaja utk memuaskan nafsunya...


2. yakin sesungguhnya bahawa apa yang kita lakukan akan di berikan balasan atau ganjaran...

-ini banyak penulis aplikasikan semasa menerima result peperiksaan... maknanya, penulis akan husnu zhon akan allah bahawa jika penulis x dapat kejayaan hari ini, maka, alllah akan bagi di kemudian hari atau alllah tangguhkan kejayaan kita sama ada di dunia ataupun di akhirat kelak.

-sbg contohnya... jika kita bekerja hari hari di tempat kerja, sbg cg contohnya... bila tiba masa gaji diberikan, kita x dapat balasan atau gaji yang kita lakukan... apa yang akan kita lakukan...mgknkah kita akan mogok? or next kerja kita akan buat sambil lewa?... hehehe... itu lah rahsia kita nak tanamkan sifat muraqabatillah ini... bkn senang taw... kita nak yakin bahawa kita akan dapat balasan yang mane akan diketahui resultnya hanyalah semasa akhirat nanti...

sama2 lah kita berusaha utk mencapai kearah itu... orang lain boleh je, kenapa kita x leh? betul jugak rangkap lagu ni, "jika ko fikirkan ko boleh, ko hampir boleh melakukan, jika ko fikirkan ragu2, usaha mu tidak menentu..."
Nak hindarkan diri dari maksiat adalah lebih susah dari nak mendekatkan diri kita kepada kebaikkan...
-di petik dari buku ihya' ulumuddin

Minggu ini...(19/3)

Salamu alaik ya pembaca sekalian…

Maaf kerana tidak dapat nak update dgn berjadual.. sesungguhnya, masa begitu cemburu dengan penulis akhir-akhir minggu ini… pada hujung minggu lepas, perjumpaan mingguan telah dijalankan di tempat biasa… kebiasaannya, penulis akan hadir dengan keletihan, tetapi… minggu ini penuh kerehatan kerana exam utk sem1 sudah habis diterjah… hehehe.. berkenaan dengan result.. jgn cerita… nantikan kemunculannya… tapi penulis never ever publickan result… (=_=)

Perjumpaan minggu ini membincangkan perihal kita sebagai seorang daie ilallah… apakah sifat2 yang di titik beratkan untuk di bekalkan kepada seseorang daie… sesungguhnya, sebaik-baik bekalan adalah bekalan taqwa.. bekalan itu semestinya, sebelum nak mendapat taqwa tu, kita mesti ade sub-sifat, yang mane dapat memandu kita kearah sifat taqwa yang sebenar.. antara sub-sifat tersebut ialah, MURAQABATILLAH.. nak taw pasal ape atau nak lebih faham ape itu muraqabatillah… renungi lah ape yang dikongsikan dari penulis disini, yang mehendakkan hati pembaca tergerak adalah bukan factor penulis, bahkan adalah kuasa Allah s.w.t… isyaAllah… mulakan bacaan dengan Bismillah..

Sifat Muraqabatillah atau muraqabah terhadap Allah adalah sifat yang sepatutnya ada dalam jiwa seseorang mukmin. Mukmin yg sentiasa merasa bahawa dia diawasi oleh Allah 24jam sehari dan semalam. Dimana jua mukmin itu berada, sama ada keseorangan atau bersama orang ramai, ia yakin perbuatannya sedang diintai oleh Rabbul Jalil, Tuhan Yg Maha Hebat. Ingatlah sabda nabi yang berbunyi, “Ittaqillah haisuma kunta….”

adakah buku catatan kita bersih?

Sekalipun perbuatan itu dibuat secara terselindung atau sekadar lintasan di hati, namun diketahui dan dicatat oleh raqib dan atid yg tak pernah leka dari tugas mengawasi manusia, tak la macam kita, dalam kelas pun boleh tidur... Even ade yang mengatakan bahawa niat utk buat maksiat dapat dikecualikan, sesungguhya hadith tersebut ade banyak syarah dan khilaf didalamnya(maaf penulis x arif dlm bidang ini). Dua malaikat itu, sentiasa mencatat perbuatan manusia sama ada zahir atau batin. Kerana sesungguhnya, Allah maha mendengar lagi maha melihat semua perbuatan manusia pada setiap ketika.

Itulah salah satu sifat mukmin, beriman pada kekuasaan Allah dan takut pada murkanya. Sifat muraqabatullah adalah buah yang hasilnya dari iman yg mendalam serta kefahaman yang jitu. Ia adalah sifat istimewa sebagai anugerah dari Allah kepada sesiapa yg beriman dan berbuat taat kepadanya. Muraqabatillah menjadikan seorang mukmin sangat berhati-hati terhadap semua perbuatannya, zahir mahupun batin.

Ia akan meluhurkan niat, sikap dan perbuatannya kerana tidak mahu kecundang di mahkamah mahsyar. Di mahkamah itu lidah menjadi kelu, giliran anggota badan lain yang akan berkata-kata mengeluarkan pengakuan saksi bagi semua perbuatan si tuan badan. Mata, telinga, tangan dan kaki serta lainnya akan mengakua berbuat itu dan ini. Ketika itu manusia akan terperangkap dengan dosa kerana anggota badan sendiri never ever menyebelahinya. Terbongkarlah rahsia yg disimpan selama ini. Arghhhh… dah kantoi… T_T

Di tambah pula akan tayangan video clip semua perbuatannya semasa didunia. Ia juga disediakan sebangai hard core evidence. Ia tidak boleh berdolak dalih lagi. Semua itu akan menyingkap kekejiannya. Memalukan dan membawa segunung penyesalan kepadanya. Bak kata org melayu,
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”. jangan pula kita menjadi seperti orang-orang kafir kerana penyesalan mereka telah dirakamkan di dalam surah An-Naba' ayat 40 yang berbunyi, ".....alangkah baiknya seandainya ak dahulu diciptakan sebagai tanah". Mukmin yang yakin kepada akhirat dan peristiwa di mahkamah mahsyar sudah terlebih dahulu takut semasa di dunia lagi. Takut, malu dan rasa tepedaya dengan perbuatan sendiri yang bakal dialami di mahsyar sudah menyelubungi jiwanya semasa di dunia lagi. Sifat inilah yang menjadikannya mulia disi Allah dan manusia.

Orang yg muraqabah berperibadi tenang walaupun mendapat nikmat, pujian, atau menghadapi kesusahan, tomahan dan sumpamanya. Ikutlah satu kisah menarik ttg seorang guru dan anak2 muridnya. Dikalangan anak-anak muridnya, ada seorang murid yg lebih disayangi oleh guru. Sampailah satu ketika, meraka yg merasa tidak puas hati meluahkan perasaan kepada guru. Kenapa dia lebih disayangi oleh kamu, wahai guruku?

Guru itu tidak bercakap banyak malah memberikan satu tugas yg cukup menarik kepada semua muridnya termasuk murid yg lebih disayangi itu. Pesan guru itu, “ ambilah kamu setiap seorang seekor burung dan sembelihlah burung itu tanpa dilihat oleh sesiapa pun.” Setelah selesai melakukan tugasan yang diberikan, kembalilah anak murid sekalian kepada gurunya dalam keadaan gembira dan berpuas hati. Anehnya, murid yg lebih disayangi itu telah kembali tanpa melaksanakan tugas tersebut.

Lantas guru tersebut melontarkan soalan,
“kenapa kamu tidak menyembelihnya sedangkan aku telah memberikan kepada kamu semua tugasan yg cukup senang untuk kamu lakukan”. Dengan tenang, murid tersebut menjawab, “puas sudah saya mencari tempat yang dimana tdak dapat dilihat oleh sesiapa pun. Kemana jua saya pergi, saya tidak dapat lari dari dilihat oleh seseorang….. iaitu Allah s.w.t”. Mendengar penjelasan tersebut, maka fahamlah murid-murid yang selainnya kenapa dia lebih disayangi oleh guru..

Demikian syakhsiah orang bermuraqabah. Perbuatannya luhur, perkataannya benar, fikirannya bersih hatinya mulia. Tersemat dalam dirinya takut yang sebenar iaitu takut pada murka Allah. Tidak pula ia takut pada yang lain dari itu. Bimbangnya pada nasib akhirat mengatasi bimbangnya akan nasib kehilangan pengaruh didunia.

Di ambil dan diedit dari: majalah haluan bil2 2004

Nama itu...

Bismillah,
utk pengatahuan pembaca sekalian... penullis menamakan blog penulis dengan The Step Begins sempena nama satu buku iaitu, langkah bermula.... buku ini amat berguna kepada para duat espeacially daie2 yg baru menjengukkan diri ke alam yg lebih mencabar.... daie2 yg mana telah melalui proses 5 tahun pembentukan diri di tempat yg formal atau lebih dikenali sebagai kilang pemprosesan manusia... mereka ini lah sgt memerlukan buku ini inspite of Al-Quran.....

"buku ini juga telah di tulis oleh seorg pemikir dakwah kontemporari di zaman mudanya (40 thn lalu), malah ini adalah karya beliau yg pertama beliau. kupasannya amat konfrehensif menunjukan kemahiran beliau dalam fiqh dakwah dengan merujuk kepada para ulama' salaf, tabi'i dan tabi' tabi'in... kami mengucapkan Jazakumullahu khairan kathira kepada penulis buku ini iaitu: As Sheikh Muhammad Ahmad Ar Rasyid"
-kata-kata aluan penerbit(pustaka usrah)

inilah idea yg terkeluar dari benak pemikiran penulis utk menamakan blog peribadi... sebelum ini, penulis ingin mengikut jejak langkah Iman Hassan Al Banna, dgn motto.. "Aku tidak menulis mane2 buku, tetapi ak akan membina manusia yg dapat menulis buku"... tetapi impian menjadi debu... setakat ini, tidak ade seorg pun bg penulis dapat jadikan sebagai ijaz rakaiz... sedangkan ijaz rakaiz merupakan salah satu amal yg dpt membina daulah islamiyyah insyaAllah... tetapi, penulis masih beriman dengan firman Allah yg mafhumnya berbunyi, kamulah wahai muhammad yg ditugaskan utk menyampaikan dakwah... yg memberi hidayah itu adalah Hak KU.. kerana hidayah itu adalah milik-KU".... mafhum sabda nabi yg lain pula ade menyuruh kita bahawa "ijlis binaa mukmin saa'at"... ini dapat menyimpulkan bahawa... kita digalakkan memperbaharui iman kita walaupun sesaat...tapi, xkan nak sesaat je...

besides, this is 2nd way penulis menyampaikan fikrah islamiyah yg penulis dapat ketika di "admitkan" kedalam kilang pemprosesan manusia... penulis masih ade tugas lain selain menulis di alam maya ini... ada lagi t/jawab yg lebih penting berbanding dengan meneruskan penulisan di sini... penulis berharap, penulisan ini dapat membina penulis sendiri dgn mengeluarkan input yg dapat dari pengalaman dan penyampaian selama ini... sedangkan, jika kilang yg tidak dapat mengeluarkan input, ini menunjukkan kilang itu mandul dan malfunction.. begitu jugalah DnT kita... adakah DnT kita mandul??? tepuk dada, ask ur iman... hanya tuhan dan diri sendiri sahajalah yg mengetahui kita di tahap mana...

dengan berbekalkan sedikit kefahaman, sejemput pengetahuan, kesedaran yg jelas ttg apa itu islam, apa itu iman... penulis meneruskan perjalanan yg masih jauh ini dgn tawakkal tu ala Allah... penulis juga berharap, sidang pembaca sekalian dapat mengirimkan sepatah doa kepada penulis utk terus dan tetap di jalan NYA... insyaAllah....

A Long Journey Begins With The 1st Step

Assalamualaikum,

Dengan kalimah Bismillah, penulis memulakan penulisan ini biarpun sudah lama disyorkan oleh rakan dan shbt penulis utk terjun dalam bidang ini ...

Penulis harap, wasilah ini dapat memberikan manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan utamanya kepada Islam... insyaALLAH... ameen...

doakan penulis shabit dijalannya....