Krisis Mesir II...

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada pembaca sekalian kerana masih sudi membaca sedikit sebanyak coretan penulis di alam maya ni.. bukan senang kita nak membaca, bukan senang lagi kita nak menulis...

Hanya ketentuan Allah jualah dapat kita membaca n menulis hingga kehari ini.. jika nak dibandingkan masyarakat luar.. masih ramai dalam kalangan mereka yg masih buta huruf... lebih-lebih lagi penduduk di negara Mesir... bukan kerana meraka golongan yg buta huruf.. tetapi susana disana tidak membantu masyarakat sekeliling cakna mengenai pendidikan.. hanya segelintir yg bertuah sahaja mengambil berat akan asas pendidikan...


Sewaktu penulis menetap di perkampungan Mesir... kawaasannya sekitar pekan Mandarah, Iskandariah ... lebih kurang 10 minit berjalan dari pekan tersebut... nak cakapnye disini, sudah terdapat kira-kira 2 buah sekolah sekitar pekan tersebut.. tetapi, masih ada segelintir anak-anak yg tidak mengikuti sisatem pendidikan di negara tersebut.. buktinya, ada dalam kalangan driver(asto, BA version) tremco(micro bus) yg umurnya lebih kurang 10-15 tahun.. mungkin desakan ekonomi memaksa dia bekerja, tapi tu la.. nasib tidak melebihinya..

Ini telah membuktikan bahawa pemerintahan dibawah Husni Mubarak(HM) hanyalah bukan untuk kepentingan penduduk... bahkan, bermatlamatkan keduanian semata-mata... yg lebih teruknya.. matlamat keduniaan itu hanyalah untuk dirinya sendiri.. bukan utk rakyat jelata.. buktinya, ABC NEWS telah mengesan kekayaan peribadi HM sekeluarga adalah sekitar USD 40 billion dan USD 70 billion... itu merupakan aset peribadi HM yg dikesan... yang tak dapat dikesan???? hanya Allah yg Maha Mengetahui...

"dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan"
(Al-Fajr: 20)

Kedua-dua hujah diatas sudah cukup buat pembaca sekalian tahu kenapa rakyat Mesir menuntut penurunan takhta HM... sudah lama HM berleluasa... jika dilihat balik, macam mana HM dapatkan harta sebanyak tu.. tak lain dan tak bukan adalah dari aset negara Mesir itu sendiri.. semua org tahu bahawa Mesir mempunyai kekayaan emas hitam yg sungguh banyak dan berkualiti.. mustahil jika taraf hidup rakyat di negara tersebut rendah.. tapi, bersyukurlah bahawa.. revolusi yang di buat sudah membuka mata-mata dunia terhadap karakter muslim itu sendiri...

Beginilah hakikat sebuah negara yg tidak mempunyai pemimpin yg faham dan hayati erti kepimpinan sebenar.. bukan senang nak jadi pemimpin.. jika lihat sejarah dahulu... sungguh berbeza... bagaimana kepimpinan 4 Khulafa' Ar-Rashidin.. tidak lupa juga macam mana Umar Abd Aziz dapat manage harta negara sehingga mana, sudah tidak ada penduduk di negara tersebut meminta zakat.. sungguh berbeza jika nak dibandingkan negara Malaysia sekarang..bila adanye pembahagian zakat, berpusu-pusu org beratur untuk mendapatkannya.. sehinggakan ada yang tidak kesampaian.. beginilah nasib manusia akhir zaman...


Yang kita tunggu-tunggu adalah kebangkitan Islam... bukan sekadar penantian, kerana penantian itu satu penyeksaan... so, penulis mengajak pembaca sekalian serta diri penulis utk membangkitkan Islam dalam diri masing... insyaAllah, satu hari nanti... sinar Islam akan bersinar di bumi ini... berimanlah, janji Allah sungguh benar...

p/s:
menanti perubahan yg bakal dilakukan oleh masyarakat dan kerajaan mesir.

Krisis Mesir...

assalamualaikum,

Dah sebulan penulis x update blog... ni sbb mls la ni.. dulu rajin sangat nak buat blog... time mls.. semua keje jadi x jalan.. tu la pasal... ikut sangat org... org buat ni, kita buat ni.. x nak la pulak buat lain sikit dari org lain.. anyway... blog penulis dah terupdate...


Tu pun sbb ade berita nak digemburkan... ade berita yg nak dikongsikan... ada pengajaran yg dapat penulis kongsikan... ade benda yg nak disampaikan... ada something yg perlu kita ambil kira.... kalau x... susah org lain...

Okay... back to our topic... revolusi mesir...byk org dah cite... byk sgt cite... ade org cakap mcm ni... ade org cakap mcm tu.. terpulang pada diri sendiri macam mana nak terima.... tapi itu la peranan media.. menyampaikan sesuatu berita yg dapat menarik perhatian byk org... ade org salahkan media, ada org salahkan kerajaan, ade org rilek je.. ade org "ikut panda mu la" ... byk org byk ragam...

Di sini, penulis x akan bercerita ttg revolusi mesir yg macam mana... penulis juga xkan cite kat pembaca semua macam mana pengalaman penulis ketika revolusi ni terjadi... byk kenangan n ibrah dari peristiwa ini... smg apa yg penulis lalui dapat manfaat utk islam.. insyaAllah.. bkn nya apa.. dah ramai sgt cite pasal revolusi ni.. kalau nak sgt taw pasal revolusi ni ... try la stream kat internet di sini.. nak taw sgt... rajin2 la dengar berita.. satu lagi.. nice komen pasal revolusi ni ada di blog BroHamzah n saza... rajin kan la sekali lagi para pembaca utk baca sedikit post berkaitan... sbb perkongsian saudara brohamzah n saza sgt menarik dan unik...



Sebenarnya, penulis just nak kongsi ngan pembaca sekalian berkaitan satu pengajaran yg dapat penulis hayati sepanjang preistiwa ini terjadi... bukan senang nak alami pengalaman ni... hanya org2 yg terpilih je yg dapat alami.. pengajaran yg utama dapat penulis simpulkan adalah jangan la pembaca sekalian terburu utk menerima berita yg disampaikan oleh media yg tersedia..

"Wahai org2 yg beriman, jika datang kepadamu seorg yg fasik dengan sesuatu berita, selidikilah, agar kamu tidak mendatangkan musibah kepada sesuatu kaum dengan kejahilan dan kemudian kamu menyesali kesan tidakan kamu tersebut"
(Al-Hujurat:6)

Di dalam al-quran, ada diigtkan semua berkaitan penerimaan berita... dalam surah al-hujurat ayat 6.... Ayat ni diturunkan mengenai insiden di mana muslimin bersedia mengambil tindakan terhadap sebuah kabilah kerana mendengar satu berita daripada seseorg tanpa meneliti kesahihan berita tersebut. Ayat ini mengajar kita supaya tidak membuat sebarang judgement, apatah lagi membuat tindakan terhadap seseorang individu or sesuatu kaum(atau organisasi/badan) tanpa kita memastikan kesahihan maklumat yg diberikan kepada kita.

Bkn penulis nak cakap org yg smpikan berita tu adalah fasik.. tetapi, peranan kita sebagai penerima berita perlu selidik dulu.. jgn terima bulat2... kat sini, penulis ada sediakan satu link yang mana dapat menerangkan kepada pembaca sekalian ttg sifat org yg fasik berdasarkan dalil al-quran.. moga dapat manfaat bersama...

So, kepada pembaca malaysia luar sana... sila lah selidiki berita yg pembaca dapat... try la dapatkan dari sumber yg lebih meyakinkan.. sumber yg lebih dipercayai.. semoga kita semua dapat praktikkan teguran Allah kepada hambanya dalam kehidupan seharian...

Last but not least, revolusi ini bukan berbentuk keganasan semata-mata... cuba la selidiki sedikit... mereka berjuang mempertahankan tanah air... tak silap penulis... ade jihad dalam mempertahankan tanah air.. mereka cuba menyampaikan apa yg terbuku dalam hati mereka selama ni.. tapuk dada tanya iman...

p/s:

1. try bace gak penulisan ni click