Perubahan itu satu tuntutan.


بسم الله الرحمن الرحيم



إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. [ QS ar-Rad 13:11 ]

tontoni lah video singkat ini utk medapatkan sedikit pengajaran.. moga dapat manfaat kita bersama..


point penting yg dapat diambil dari video ini:
1. pentingnya didikan islam dalam rumah tangga
2. doa ibu cukup penting dalam kehidupan kita. (bersyukurlah bg sesiapa yg masih ada ibunya)
3. u are what u eat, u are what u read
4. setiap pendekatan didikan perlulah dengan cara berhikmah.
5. orang akan menilai kita melalui pakaian dan pakaian kita ini akan mengzahirkan siapa kita
6. doa itu penting.
7. kalu kita berubah untuk jadi baik, insyaAllah Allah akan hntar org-org yg baik untuk bersama kita.
8. biah(suasana) yg solehah juga merupakan co-enzyme utk perubahan.
9. trust Allah, husnu zhon billah.
10. Islam is cool n islam is d only way of life.


Allah berfirman:
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami." [ QS al-Ankabut 29:69 ]

"Apakah seorang hamba mengira bahawa petunjuk Allah itu akan datang mengetuk pintu rumahnya dan mendatangi dirinya saat di pembaringan? Sekali-kali tidak. Petunjuk Allah itu harus dicari dalam kitab Allah, dalam sunah Nabi, dan di baris pertama solat berjemaah di rumah-rumah Allah. Petunjuk Allah datang ketika kita bersedia menanggalkan pakaian kusut kebatilan, menghindari keyakinan-keyakinan yang salah dan syahwat yang menghancurkan. Hidayah Allah harus dicari di medan dakwah dan jihad."
[diambil dari blog: perjalanan yg singkat]

Maka disini penulis mengajak kita semua berdoa moga2 Allah menggolongkan kita dalam golongan yg mendapat hidayah hingga ke akhir hayat insyaAllah... Ameen..

wa Allahu 3alam.

There's always a....


Salam alaik kpd pembaca yg setia sekalian.. just nak kongsi satu gambar yg seronok penulis membaca content nya.. moga korang semua dapat sesuatu dari perkongsian ini..

Let's Make a Deal..

Assalamualaikum pembaca yg setia sekalian,

Di sini penulis ingin berkongsi satu video yg cukup menarik perhatian pembaca. Mesejnya cukup simple dan padat. Di dalam video ini ade 2 perkara yg dapat penulis simpulkan:

1. Benda yg disedekahkan tidak perlu tinggi harganya, tetapi tinggi nilainya.

2. Tidak pernah dalam sejarah, orang yang banyak memberi bankrup masa depannya.
Semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita dianugerahi



Firman Allah:

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNya lah kamau dikembalikan"
-Al Baqarah: 245-

"Peliharalah harta kamu dengan berzakat, rawati sakitmu dengan bersedekah dan persiapkan dirimu menghadapi ujian dengan berdoa."
-Hadith: riwayat At Tobrani-

NB:
1. moga Allah memberi kelapangan kepada kita semua dalam memberi.
2. Air yg mengalir itu lebih baik dari Air yg bertakung. (Air=harta)

Sunnatullah..

Salam semua, dalam masa blog walking... penulis terjumpa short story yang agak best untuk dibca dan di ambil iktibar. Simple je cerita ni.. as simple as ABC... tapi bukan air batu campur ye... sbb air batu campur agak cerewet kalau nak buat.. moga pembaca semua dapat manfaat bersama dari short story dibawah ni..


Pencil: I'm sorry...
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil:
I'm sorry coz you get hurt b'coz of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as u make my mistake vanish, you lose a part of your self. You get smaller and smaller time by time.

Eraser:
That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with new one, I'm actually happy with my job. That's what we are. I'm proud of it. ^^
-END-

Di sini ada dua ayat Quran dapat penulis kaitkan dengan cerita pendek di atas. Moga kalian semua dapat manfaat darinya:

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(Al-Imran:191)
Maksudnya: "(yaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang perciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa api neraka"

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

(Al-Mukminun:115)
Maksudnya: "maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?"

NB:
1. Ayat Quran kedua yg disebutkan adalah ditujukan kepada Jin dan Manusia.
2. Setiap Makhluk ada peranan masing-masing. "Just the way you are"

Do u forget..?

Assalamualaikm wbth,

Dicelah2 kesibukkan exam... penulis terpanggil utk berkongsi sedikit sebanyak mengenai ramadhan... mungkin ada yang dah tahu, tapi hanya satu peringatan utk kita sebagai seorang manusia yang asyik lupa.. "sesungguhnya peringatan itu membawa manfaat kepada orang2 mukmin". moga kita semua tergolong dari golongan mukminin insyaAllah..


Penulis nak ingatkan kepada pembaca sekalian kerana ramai diantara orang-orang diluar sana, ter"ignore" kedatangan ramadhan. mereka lebih ingat tarikh untuk pulang ke tanah air bagi yg merantau, mereka lebih ingat tarikh last paper final exam bagi yg sedang menduduki final exam, mereka lebih ingat tarikh untuk cuti dan banyak lagi.

Tulisan kali ini, penulis hanya reblog ape yg penulis jumpe semasa blog walking. moga pembaca semua mendapat mafaat bersama dalam membangunkan diri. Yassirullahu lana, insyaAllah..

reblog:

Menanti oasis yang menyejukan jiwa.
Menghilangkan dahaga.
Dan, memberikan kebahagian dan ketenangan sanubari.
Bagi saya, Ramadhan juga umpama oasis. Di saat, melalui kehidupan yang meletihkan dan memenatkan. Ramadhan akan merehatkan jiwa dengan siraman air yang dingin. Kering tekak yang sangat dahagakan air akan hilang dengan tegukan air Ramadhan yang sejuk.
Sesejuk salju putih.
Terbayangkan keindahan, kenikmatan dan keasyikannya.
Kedamaiannya, kebahagiaannya dan suasananya yang lain dari yang lain.
Terasa sangat. Anda bagaimana?
Saya teringat satu kata-kata Imam Hassan al-Banna, katanya :
“ Ramadhan adalah bulan Siyam dan bulan Qiyam.”


NB:

1. ramadha adalah bulan dimana kita semua dapat caj balik kekuatan yang telah kita gunakan selama 11 bulan yang lain.

2. "ramadhan adalah bulan siyam(puasa) dan bulan Qiam(bangun malam)". memandangkan penulis sekarang berada di bumi mesir.. subuh disini agak awal.. mungkin seawal jam 3.30pg. jadinya, hendak atau tidak kenalah bangun lebih awal dari waktu subuh.. ini merupakan satu cabaran buat penulis. kalau dulu di Malaysia, penulis bangun qiam pada pukul 4pg, itupun susah dibangunkan oleh ayah penulis..btw, syukran gidaan ya abi..

3. terimalah tetamu(ramadhan) kita dengan hati yg bersedia, sedangkan time exam pun kita pulun sampai tidak tidur malam, makan pun sikit je.. semata-mata menduduki exam.

4. Ingatlah sahabat ku, sudah ramai kenalan2 kita yang tidak sempat menemui Ramadhan kali ini. berdoalah kita semua semoga diberi peluang dalam melalui madrasah ramadhan kali ini. insyaAllah. balighna ala ramadhan.

Post exam mode...~

Salam kembali pembaca2 sekali..


Hari ni.. penulis ingin berkongsi satu je video yg menegur kita ttg kehidupan seharian kita di dunia.. moga pembaca semua dapat mengambil pengjaan dan iktibar dari perkongsian ini... sama kita berdoa utk tingkatkan diri kearah lebih maju dan bertaqwa, insyaAllah..


p/s;
1. jgn igt kita lemah n berat dengan ujian kerana masih ada yg lebih berat ujiannyer.
2. jadikan doa sbg senjata kita.

Dalam diam dia menyerang...

Salam,

Thanks again bg pelawat2 sekalian.. for now, just wanna share about a little one.. but a great meaning on it... thanks my lecturemate for the status...


"How do u expect kids to listen to their parents as, Tarzan lives half naked, Cinderella comesback home at midnight, Pinocchio lies all the time, Aladdin is the king of thieves, Batman drives 320KM/H, Sleeping Beauty is lazy and Snow White lives with 7 guys. We shouldn't be suprised if kids misbehave at times. they get this from their own storybooks."

Fikirkanlah.. besarnyer peranan didikan semasa masih kecil... abila meningkat dewasa... pembentukan menjadi semakin sukar dan menyusahkan... so, sama2 la kita igt n perbaiki dalam rangka nak ubah balik apa yg telah kita semua terlanjur...

wassalam...

p/s:

1. ni lg contoh bagaima buktinyer pendidikan semasa kecil sgt berkesan... (link)

Krisis Mesir II...

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada pembaca sekalian kerana masih sudi membaca sedikit sebanyak coretan penulis di alam maya ni.. bukan senang kita nak membaca, bukan senang lagi kita nak menulis...

Hanya ketentuan Allah jualah dapat kita membaca n menulis hingga kehari ini.. jika nak dibandingkan masyarakat luar.. masih ramai dalam kalangan mereka yg masih buta huruf... lebih-lebih lagi penduduk di negara Mesir... bukan kerana meraka golongan yg buta huruf.. tetapi susana disana tidak membantu masyarakat sekeliling cakna mengenai pendidikan.. hanya segelintir yg bertuah sahaja mengambil berat akan asas pendidikan...


Sewaktu penulis menetap di perkampungan Mesir... kawaasannya sekitar pekan Mandarah, Iskandariah ... lebih kurang 10 minit berjalan dari pekan tersebut... nak cakapnye disini, sudah terdapat kira-kira 2 buah sekolah sekitar pekan tersebut.. tetapi, masih ada segelintir anak-anak yg tidak mengikuti sisatem pendidikan di negara tersebut.. buktinya, ada dalam kalangan driver(asto, BA version) tremco(micro bus) yg umurnya lebih kurang 10-15 tahun.. mungkin desakan ekonomi memaksa dia bekerja, tapi tu la.. nasib tidak melebihinya..

Ini telah membuktikan bahawa pemerintahan dibawah Husni Mubarak(HM) hanyalah bukan untuk kepentingan penduduk... bahkan, bermatlamatkan keduanian semata-mata... yg lebih teruknya.. matlamat keduniaan itu hanyalah untuk dirinya sendiri.. bukan utk rakyat jelata.. buktinya, ABC NEWS telah mengesan kekayaan peribadi HM sekeluarga adalah sekitar USD 40 billion dan USD 70 billion... itu merupakan aset peribadi HM yg dikesan... yang tak dapat dikesan???? hanya Allah yg Maha Mengetahui...

"dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan"
(Al-Fajr: 20)

Kedua-dua hujah diatas sudah cukup buat pembaca sekalian tahu kenapa rakyat Mesir menuntut penurunan takhta HM... sudah lama HM berleluasa... jika dilihat balik, macam mana HM dapatkan harta sebanyak tu.. tak lain dan tak bukan adalah dari aset negara Mesir itu sendiri.. semua org tahu bahawa Mesir mempunyai kekayaan emas hitam yg sungguh banyak dan berkualiti.. mustahil jika taraf hidup rakyat di negara tersebut rendah.. tapi, bersyukurlah bahawa.. revolusi yang di buat sudah membuka mata-mata dunia terhadap karakter muslim itu sendiri...

Beginilah hakikat sebuah negara yg tidak mempunyai pemimpin yg faham dan hayati erti kepimpinan sebenar.. bukan senang nak jadi pemimpin.. jika lihat sejarah dahulu... sungguh berbeza... bagaimana kepimpinan 4 Khulafa' Ar-Rashidin.. tidak lupa juga macam mana Umar Abd Aziz dapat manage harta negara sehingga mana, sudah tidak ada penduduk di negara tersebut meminta zakat.. sungguh berbeza jika nak dibandingkan negara Malaysia sekarang..bila adanye pembahagian zakat, berpusu-pusu org beratur untuk mendapatkannya.. sehinggakan ada yang tidak kesampaian.. beginilah nasib manusia akhir zaman...


Yang kita tunggu-tunggu adalah kebangkitan Islam... bukan sekadar penantian, kerana penantian itu satu penyeksaan... so, penulis mengajak pembaca sekalian serta diri penulis utk membangkitkan Islam dalam diri masing... insyaAllah, satu hari nanti... sinar Islam akan bersinar di bumi ini... berimanlah, janji Allah sungguh benar...

p/s:
menanti perubahan yg bakal dilakukan oleh masyarakat dan kerajaan mesir.

Krisis Mesir...

assalamualaikum,

Dah sebulan penulis x update blog... ni sbb mls la ni.. dulu rajin sangat nak buat blog... time mls.. semua keje jadi x jalan.. tu la pasal... ikut sangat org... org buat ni, kita buat ni.. x nak la pulak buat lain sikit dari org lain.. anyway... blog penulis dah terupdate...


Tu pun sbb ade berita nak digemburkan... ade berita yg nak dikongsikan... ada pengajaran yg dapat penulis kongsikan... ade benda yg nak disampaikan... ada something yg perlu kita ambil kira.... kalau x... susah org lain...

Okay... back to our topic... revolusi mesir...byk org dah cite... byk sgt cite... ade org cakap mcm ni... ade org cakap mcm tu.. terpulang pada diri sendiri macam mana nak terima.... tapi itu la peranan media.. menyampaikan sesuatu berita yg dapat menarik perhatian byk org... ade org salahkan media, ada org salahkan kerajaan, ade org rilek je.. ade org "ikut panda mu la" ... byk org byk ragam...

Di sini, penulis x akan bercerita ttg revolusi mesir yg macam mana... penulis juga xkan cite kat pembaca semua macam mana pengalaman penulis ketika revolusi ni terjadi... byk kenangan n ibrah dari peristiwa ini... smg apa yg penulis lalui dapat manfaat utk islam.. insyaAllah.. bkn nya apa.. dah ramai sgt cite pasal revolusi ni.. kalau nak sgt taw pasal revolusi ni ... try la stream kat internet di sini.. nak taw sgt... rajin2 la dengar berita.. satu lagi.. nice komen pasal revolusi ni ada di blog BroHamzah n saza... rajin kan la sekali lagi para pembaca utk baca sedikit post berkaitan... sbb perkongsian saudara brohamzah n saza sgt menarik dan unik...



Sebenarnya, penulis just nak kongsi ngan pembaca sekalian berkaitan satu pengajaran yg dapat penulis hayati sepanjang preistiwa ini terjadi... bukan senang nak alami pengalaman ni... hanya org2 yg terpilih je yg dapat alami.. pengajaran yg utama dapat penulis simpulkan adalah jangan la pembaca sekalian terburu utk menerima berita yg disampaikan oleh media yg tersedia..

"Wahai org2 yg beriman, jika datang kepadamu seorg yg fasik dengan sesuatu berita, selidikilah, agar kamu tidak mendatangkan musibah kepada sesuatu kaum dengan kejahilan dan kemudian kamu menyesali kesan tidakan kamu tersebut"
(Al-Hujurat:6)

Di dalam al-quran, ada diigtkan semua berkaitan penerimaan berita... dalam surah al-hujurat ayat 6.... Ayat ni diturunkan mengenai insiden di mana muslimin bersedia mengambil tindakan terhadap sebuah kabilah kerana mendengar satu berita daripada seseorg tanpa meneliti kesahihan berita tersebut. Ayat ini mengajar kita supaya tidak membuat sebarang judgement, apatah lagi membuat tindakan terhadap seseorang individu or sesuatu kaum(atau organisasi/badan) tanpa kita memastikan kesahihan maklumat yg diberikan kepada kita.

Bkn penulis nak cakap org yg smpikan berita tu adalah fasik.. tetapi, peranan kita sebagai penerima berita perlu selidik dulu.. jgn terima bulat2... kat sini, penulis ada sediakan satu link yang mana dapat menerangkan kepada pembaca sekalian ttg sifat org yg fasik berdasarkan dalil al-quran.. moga dapat manfaat bersama...

So, kepada pembaca malaysia luar sana... sila lah selidiki berita yg pembaca dapat... try la dapatkan dari sumber yg lebih meyakinkan.. sumber yg lebih dipercayai.. semoga kita semua dapat praktikkan teguran Allah kepada hambanya dalam kehidupan seharian...

Last but not least, revolusi ini bukan berbentuk keganasan semata-mata... cuba la selidiki sedikit... mereka berjuang mempertahankan tanah air... tak silap penulis... ade jihad dalam mempertahankan tanah air.. mereka cuba menyampaikan apa yg terbuku dalam hati mereka selama ni.. tapuk dada tanya iman...

p/s:

1. try bace gak penulisan ni click