Krisis Mesir II...

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada pembaca sekalian kerana masih sudi membaca sedikit sebanyak coretan penulis di alam maya ni.. bukan senang kita nak membaca, bukan senang lagi kita nak menulis...

Hanya ketentuan Allah jualah dapat kita membaca n menulis hingga kehari ini.. jika nak dibandingkan masyarakat luar.. masih ramai dalam kalangan mereka yg masih buta huruf... lebih-lebih lagi penduduk di negara Mesir... bukan kerana meraka golongan yg buta huruf.. tetapi susana disana tidak membantu masyarakat sekeliling cakna mengenai pendidikan.. hanya segelintir yg bertuah sahaja mengambil berat akan asas pendidikan...


Sewaktu penulis menetap di perkampungan Mesir... kawaasannya sekitar pekan Mandarah, Iskandariah ... lebih kurang 10 minit berjalan dari pekan tersebut... nak cakapnye disini, sudah terdapat kira-kira 2 buah sekolah sekitar pekan tersebut.. tetapi, masih ada segelintir anak-anak yg tidak mengikuti sisatem pendidikan di negara tersebut.. buktinya, ada dalam kalangan driver(asto, BA version) tremco(micro bus) yg umurnya lebih kurang 10-15 tahun.. mungkin desakan ekonomi memaksa dia bekerja, tapi tu la.. nasib tidak melebihinya..

Ini telah membuktikan bahawa pemerintahan dibawah Husni Mubarak(HM) hanyalah bukan untuk kepentingan penduduk... bahkan, bermatlamatkan keduanian semata-mata... yg lebih teruknya.. matlamat keduniaan itu hanyalah untuk dirinya sendiri.. bukan utk rakyat jelata.. buktinya, ABC NEWS telah mengesan kekayaan peribadi HM sekeluarga adalah sekitar USD 40 billion dan USD 70 billion... itu merupakan aset peribadi HM yg dikesan... yang tak dapat dikesan???? hanya Allah yg Maha Mengetahui...

"dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan"
(Al-Fajr: 20)

Kedua-dua hujah diatas sudah cukup buat pembaca sekalian tahu kenapa rakyat Mesir menuntut penurunan takhta HM... sudah lama HM berleluasa... jika dilihat balik, macam mana HM dapatkan harta sebanyak tu.. tak lain dan tak bukan adalah dari aset negara Mesir itu sendiri.. semua org tahu bahawa Mesir mempunyai kekayaan emas hitam yg sungguh banyak dan berkualiti.. mustahil jika taraf hidup rakyat di negara tersebut rendah.. tapi, bersyukurlah bahawa.. revolusi yang di buat sudah membuka mata-mata dunia terhadap karakter muslim itu sendiri...

Beginilah hakikat sebuah negara yg tidak mempunyai pemimpin yg faham dan hayati erti kepimpinan sebenar.. bukan senang nak jadi pemimpin.. jika lihat sejarah dahulu... sungguh berbeza... bagaimana kepimpinan 4 Khulafa' Ar-Rashidin.. tidak lupa juga macam mana Umar Abd Aziz dapat manage harta negara sehingga mana, sudah tidak ada penduduk di negara tersebut meminta zakat.. sungguh berbeza jika nak dibandingkan negara Malaysia sekarang..bila adanye pembahagian zakat, berpusu-pusu org beratur untuk mendapatkannya.. sehinggakan ada yang tidak kesampaian.. beginilah nasib manusia akhir zaman...


Yang kita tunggu-tunggu adalah kebangkitan Islam... bukan sekadar penantian, kerana penantian itu satu penyeksaan... so, penulis mengajak pembaca sekalian serta diri penulis utk membangkitkan Islam dalam diri masing... insyaAllah, satu hari nanti... sinar Islam akan bersinar di bumi ini... berimanlah, janji Allah sungguh benar...

p/s:
menanti perubahan yg bakal dilakukan oleh masyarakat dan kerajaan mesir.

2 comments:

lowprof said...

sebelum tertegaknya daulah islam, renungkan lah kata2 al-imam hasan al-hudaibi

"tegakkanlah islam dalam diri kamu, necaya islam akan tertegak dalam daulah kamu"

pembentukan diri sgt penting dalam meraih daulah islam..

Qawiem Khairi said...

insyaAllah.
tertegaknya islam adlh pasti,
cuma kita yang belum pasti,
bilakah tarikh yang dinanti,
krn itu catatan ilahi.

salam perjuangan dari seorg hamba.

~ MQ ~