Minggu ini...(19/3)
Salamu alaik ya pembaca sekalian…
Maaf kerana tidak dapat nak update dgn berjadual.. sesungguhnya, masa begitu cemburu dengan penulis akhir-akhir minggu ini… pada hujung minggu lepas, perjumpaan mingguan telah dijalankan di tempat biasa… kebiasaannya, penulis akan hadir dengan keletihan, tetapi… minggu ini penuh kerehatan kerana exam utk sem1 sudah habis diterjah… hehehe.. berkenaan dengan result.. jgn cerita… nantikan kemunculannya… tapi penulis never ever publickan result… (=_=)
Perjumpaan minggu ini membincangkan perihal kita sebagai seorang daie ilallah… apakah sifat2 yang di titik beratkan untuk di bekalkan kepada seseorang daie… sesungguhnya, sebaik-baik bekalan adalah bekalan taqwa.. bekalan itu semestinya, sebelum nak mendapat taqwa tu, kita mesti ade sub-sifat, yang mane dapat memandu kita kearah sifat taqwa yang sebenar.. antara sub-sifat tersebut ialah, MURAQABATILLAH.. nak taw pasal ape atau nak lebih faham ape itu muraqabatillah… renungi lah ape yang dikongsikan dari penulis disini, yang mehendakkan hati pembaca tergerak adalah bukan factor penulis, bahkan adalah kuasa Allah s.w.t… isyaAllah… mulakan bacaan dengan Bismillah..
Itulah salah satu sifat mukmin, beriman pada kekuasaan Allah dan takut pada murkanya. Sifat muraqabatullah adalah buah yang hasilnya dari iman yg mendalam serta kefahaman yang jitu. Ia adalah sifat istimewa sebagai anugerah dari Allah kepada sesiapa yg beriman dan berbuat taat kepadanya. Muraqabatillah menjadikan seorang mukmin sangat berhati-hati terhadap semua perbuatannya, zahir mahupun batin.
Ia akan meluhurkan niat, sikap dan perbuatannya kerana tidak mahu kecundang di mahkamah mahsyar. Di mahkamah itu lidah menjadi kelu, giliran anggota badan lain yang akan berkata-kata mengeluarkan pengakuan saksi bagi semua perbuatan si tuan badan. Mata, telinga, tangan dan kaki serta lainnya akan mengakua berbuat itu dan ini. Ketika itu manusia akan terperangkap dengan dosa kerana anggota badan sendiri never ever menyebelahinya. Terbongkarlah rahsia yg disimpan selama ini. Arghhhh… dah kantoi… T_T
Di tambah pula akan tayangan video clip semua perbuatannya semasa didunia. Ia juga disediakan sebangai hard core evidence. Ia tidak boleh berdolak dalih lagi. Semua itu akan menyingkap kekejiannya. Memalukan dan membawa segunung penyesalan kepadanya. Bak kata org melayu, “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”. jangan pula kita menjadi seperti orang-orang kafir kerana penyesalan mereka telah dirakamkan di dalam surah An-Naba' ayat 40 yang berbunyi, ".....alangkah baiknya seandainya ak dahulu diciptakan sebagai tanah". Mukmin yang yakin kepada akhirat dan peristiwa di mahkamah mahsyar sudah terlebih dahulu takut semasa di dunia lagi. Takut, malu dan rasa tepedaya dengan perbuatan sendiri yang bakal dialami di mahsyar sudah menyelubungi jiwanya semasa di dunia lagi. Sifat inilah yang menjadikannya mulia disi Allah dan manusia.
Orang yg muraqabah berperibadi tenang walaupun mendapat nikmat, pujian, atau menghadapi kesusahan, tomahan dan sumpamanya. Ikutlah satu kisah menarik ttg seorang guru dan anak2 muridnya. Dikalangan anak-anak muridnya, ada seorang murid yg lebih disayangi oleh guru. Sampailah satu ketika, meraka yg merasa tidak puas hati meluahkan perasaan kepada guru. Kenapa dia lebih disayangi oleh kamu, wahai guruku?
Guru itu tidak bercakap banyak malah memberikan satu tugas yg cukup menarik kepada semua muridnya termasuk murid yg lebih disayangi itu. Pesan guru itu, “ ambilah kamu setiap seorang seekor burung dan sembelihlah burung itu tanpa dilihat oleh sesiapa pun.” Setelah selesai melakukan tugasan yang diberikan, kembalilah anak murid sekalian kepada gurunya dalam keadaan gembira dan berpuas hati. Anehnya, murid yg lebih disayangi itu telah kembali tanpa melaksanakan tugas tersebut.
Lantas guru tersebut melontarkan soalan, “kenapa kamu tidak menyembelihnya sedangkan aku telah memberikan kepada kamu semua tugasan yg cukup senang untuk kamu lakukan”. Dengan tenang, murid tersebut menjawab, “puas sudah saya mencari tempat yang dimana tdak dapat dilihat oleh sesiapa pun. Kemana jua saya pergi, saya tidak dapat lari dari dilihat oleh seseorang….. iaitu Allah s.w.t”. Mendengar penjelasan tersebut, maka fahamlah murid-murid yang selainnya kenapa dia lebih disayangi oleh guru..
Demikian syakhsiah orang bermuraqabah. Perbuatannya luhur, perkataannya benar, fikirannya bersih hatinya mulia. Tersemat dalam dirinya takut yang sebenar iaitu takut pada murka Allah. Tidak pula ia takut pada yang lain dari itu. Bimbangnya pada nasib akhirat mengatasi bimbangnya akan nasib kehilangan pengaruh didunia.
Di ambil dan diedit dari: majalah haluan bil2 2004

Sifat Muraqabatillah atau muraqabah terhadap Allah adalah sifat yang sepatutnya ada dalam jiwa seseorang mukmin. Mukmin yg sentiasa merasa bahawa dia diawasi oleh Allah 24jam sehari dan semalam. Dimana jua mukmin itu berada, sama ada keseorangan atau bersama orang ramai, ia yakin perbuatannya sedang diintai oleh Rabbul Jalil, Tuhan Yg Maha Hebat. Ingatlah sabda nabi yang berbunyi, “Ittaqillah haisuma kunta….”
Sekalipun perbuatan itu dibuat secara terselindung atau sekadar lintasan di hati, namun diketahui dan dicatat oleh raqib dan atid yg tak pernah leka dari tugas mengawasi manusia, tak la macam kita, dalam kelas pun boleh tidur... Even ade yang mengatakan bahawa niat utk buat maksiat dapat dikecualikan, sesungguhya hadith tersebut ade banyak syarah dan khilaf didalamnya(maaf penulis x arif dlm bidang ini). Dua malaikat itu, sentiasa mencatat perbuatan manusia sama ada zahir atau batin. Kerana sesungguhnya, Allah maha mendengar lagi maha melihat semua perbuatan manusia pada setiap ketika.
Itulah salah satu sifat mukmin, beriman pada kekuasaan Allah dan takut pada murkanya. Sifat muraqabatullah adalah buah yang hasilnya dari iman yg mendalam serta kefahaman yang jitu. Ia adalah sifat istimewa sebagai anugerah dari Allah kepada sesiapa yg beriman dan berbuat taat kepadanya. Muraqabatillah menjadikan seorang mukmin sangat berhati-hati terhadap semua perbuatannya, zahir mahupun batin.
Ia akan meluhurkan niat, sikap dan perbuatannya kerana tidak mahu kecundang di mahkamah mahsyar. Di mahkamah itu lidah menjadi kelu, giliran anggota badan lain yang akan berkata-kata mengeluarkan pengakuan saksi bagi semua perbuatan si tuan badan. Mata, telinga, tangan dan kaki serta lainnya akan mengakua berbuat itu dan ini. Ketika itu manusia akan terperangkap dengan dosa kerana anggota badan sendiri never ever menyebelahinya. Terbongkarlah rahsia yg disimpan selama ini. Arghhhh… dah kantoi… T_T
Di tambah pula akan tayangan video clip semua perbuatannya semasa didunia. Ia juga disediakan sebangai hard core evidence. Ia tidak boleh berdolak dalih lagi. Semua itu akan menyingkap kekejiannya. Memalukan dan membawa segunung penyesalan kepadanya. Bak kata org melayu, “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”. jangan pula kita menjadi seperti orang-orang kafir kerana penyesalan mereka telah dirakamkan di dalam surah An-Naba' ayat 40 yang berbunyi, ".....alangkah baiknya seandainya ak dahulu diciptakan sebagai tanah". Mukmin yang yakin kepada akhirat dan peristiwa di mahkamah mahsyar sudah terlebih dahulu takut semasa di dunia lagi. Takut, malu dan rasa tepedaya dengan perbuatan sendiri yang bakal dialami di mahsyar sudah menyelubungi jiwanya semasa di dunia lagi. Sifat inilah yang menjadikannya mulia disi Allah dan manusia.
Orang yg muraqabah berperibadi tenang walaupun mendapat nikmat, pujian, atau menghadapi kesusahan, tomahan dan sumpamanya. Ikutlah satu kisah menarik ttg seorang guru dan anak2 muridnya. Dikalangan anak-anak muridnya, ada seorang murid yg lebih disayangi oleh guru. Sampailah satu ketika, meraka yg merasa tidak puas hati meluahkan perasaan kepada guru. Kenapa dia lebih disayangi oleh kamu, wahai guruku?
Guru itu tidak bercakap banyak malah memberikan satu tugas yg cukup menarik kepada semua muridnya termasuk murid yg lebih disayangi itu. Pesan guru itu, “ ambilah kamu setiap seorang seekor burung dan sembelihlah burung itu tanpa dilihat oleh sesiapa pun.” Setelah selesai melakukan tugasan yang diberikan, kembalilah anak murid sekalian kepada gurunya dalam keadaan gembira dan berpuas hati. Anehnya, murid yg lebih disayangi itu telah kembali tanpa melaksanakan tugas tersebut.
Lantas guru tersebut melontarkan soalan, “kenapa kamu tidak menyembelihnya sedangkan aku telah memberikan kepada kamu semua tugasan yg cukup senang untuk kamu lakukan”. Dengan tenang, murid tersebut menjawab, “puas sudah saya mencari tempat yang dimana tdak dapat dilihat oleh sesiapa pun. Kemana jua saya pergi, saya tidak dapat lari dari dilihat oleh seseorang….. iaitu Allah s.w.t”. Mendengar penjelasan tersebut, maka fahamlah murid-murid yang selainnya kenapa dia lebih disayangi oleh guru..
Demikian syakhsiah orang bermuraqabah. Perbuatannya luhur, perkataannya benar, fikirannya bersih hatinya mulia. Tersemat dalam dirinya takut yang sebenar iaitu takut pada murka Allah. Tidak pula ia takut pada yang lain dari itu. Bimbangnya pada nasib akhirat mengatasi bimbangnya akan nasib kehilangan pengaruh didunia.
Di ambil dan diedit dari: majalah haluan bil2 2004
0 comments:
Post a Comment