Do u forget..?
Assalamualaikm wbth,
Dicelah2 kesibukkan exam... penulis terpanggil utk berkongsi sedikit sebanyak mengenai ramadhan... mungkin ada yang dah tahu, tapi hanya satu peringatan utk kita sebagai seorang manusia yang asyik lupa.. "sesungguhnya peringatan itu membawa manfaat kepada orang2 mukmin". moga kita semua tergolong dari golongan mukminin insyaAllah..
Penulis nak ingatkan kepada pembaca sekalian kerana ramai diantara orang-orang diluar sana, ter"ignore" kedatangan ramadhan. mereka lebih ingat tarikh untuk pulang ke tanah air bagi yg merantau, mereka lebih ingat tarikh last paper final exam bagi yg sedang menduduki final exam, mereka lebih ingat tarikh untuk cuti dan banyak lagi.
Tulisan kali ini, penulis hanya reblog ape yg penulis jumpe semasa blog walking. moga pembaca semua mendapat mafaat bersama dalam membangunkan diri. Yassirullahu lana, insyaAllah..
reblog:
Menanti oasis yang menyejukan jiwa.
Menghilangkan dahaga.
Dan, memberikan kebahagian dan ketenangan sanubari.
Bagi saya, Ramadhan juga umpama oasis. Di saat, melalui kehidupan yang meletihkan dan memenatkan. Ramadhan akan merehatkan jiwa dengan siraman air yang dingin. Kering tekak yang sangat dahagakan air akan hilang dengan tegukan air Ramadhan yang sejuk.
Sesejuk salju putih.
Terbayangkan keindahan, kenikmatan dan keasyikannya.
Kedamaiannya, kebahagiaannya dan suasananya yang lain dari yang lain.
Terasa sangat. Anda bagaimana?
Saya teringat satu kata-kata Imam Hassan al-Banna, katanya :
“ Ramadhan adalah bulan Siyam dan bulan Qiyam.”
NB:
1. ramadha adalah bulan dimana kita semua dapat caj balik kekuatan yang telah kita gunakan selama 11 bulan yang lain.
2. "ramadhan adalah bulan siyam(puasa) dan bulan Qiam(bangun malam)". memandangkan penulis sekarang berada di bumi mesir.. subuh disini agak awal.. mungkin seawal jam 3.30pg. jadinya, hendak atau tidak kenalah bangun lebih awal dari waktu subuh.. ini merupakan satu cabaran buat penulis. kalau dulu di Malaysia, penulis bangun qiam pada pukul 4pg, itupun susah dibangunkan oleh ayah penulis..btw, syukran gidaan ya abi..
3. terimalah tetamu(ramadhan) kita dengan hati yg bersedia, sedangkan time exam pun kita pulun sampai tidak tidur malam, makan pun sikit je.. semata-mata menduduki exam.
4. Ingatlah sahabat ku, sudah ramai kenalan2 kita yang tidak sempat menemui Ramadhan kali ini. berdoalah kita semua semoga diberi peluang dalam melalui madrasah ramadhan kali ini. insyaAllah. balighna ala ramadhan.
2 comments:
ramadhan, kehadirannya dialu-alukan..namun sayang, hanya bibir melafazkan ucapan, amalan tidak berganjak..
like2.
Post a Comment