JoM PoSe...
11/14/2010 Posted by lowprof
Sekolah ku...
11/14/2010 Posted by lowprof
The Lovely One... =)
10/23/2010 Posted by lowprof
assalamualaikum wbth,
belum pernah dengar ker dah pernah dengar ke tak pe lah...
ana just nak berkongsi utk sahabt/h disini, insya Allah. moga Allah turunkan hidayah untuk mengetuk sikit kekerasan pintu hati kita (ana!) hari ini.
gambar
kalau yang dah lembut tue, mungkin bleh la menangis mengingati kealpaan kita selama ini. cuma jaga2 lah sket takut kena keyboard tue, kang rosak ana tak jamin!
mungkin dah ramai tau....
Rasulullah SAW pernah bersabda, "ALLAH SWT mempunyai 100 rahmat (kasih sayang), dan menurunkan 1 rahmat (dari 100 rahmat) kepada jin, manusia, binatang, dan hewan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan (ALLAH SWT) menangguhkan 99 bagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada hari kiamat nanti." ~ (HR Muslim)
jadi, kdg2 bagi kita yang Allah uji dengan macam2 dugaan nie rasa mcm kitalah dalam dunia nie yg Allah uji paling teruk skali!
tapi kadang2 menyebabkan kita lupa ttg rahmat Allah swt.
nikmatNya selama ini.
sbb tu Nabi ckp kalau kita ada kekurangan, jangan tengok orang lebih dr kita, tapi tengoklah pada orang yang lebih byk lagi kekurangannya daripada kita.
tue lah manusia, kdg2 dalam sehelai kertas putih bersih tu, setitik kecil hitam tue lah yang kita perasan. putih yang banyak2 tue mcm tak wujud!
tue kalau manusia,
tapi Allah, tak pernah pon Dia nak zalimi kita, melainkan kita lah yang zalimi diri sendiri.
"fa alhamaha fujuraha wa taqwaha."
jadi, kita baikilah hubungan kita dengan Allah swt.
kerana Dia lah sebaik2 sandaran dan tempat memohon pertolongan.
wallahua'lam.
credit to: http://intersahabat.blogspot.com/ (karya asal)
BeLieVe iT....!!! ^^
10/15/2010 Posted by lowprof
Assalamualaikum,
ni satu lagi cerita yg dikongsikan oleh rakan sekuliah penulis dalam rangka nak ubah diri sendiri dan orang sekeliling... moga kita semua dapat ambil manfaaat .... nampak je cikai cerita ni...tapi makne tersirat... pergh... gempak siot..(*aiming someone: jgn terasa kalau terbaca^^)...
A man went to a barbershop to have his hair cut and his beard trimmed. As the barber began to work, they began to have a good conversation. They talked about so many things and various subjects.
When they eventually touched on the subject of allah, the barber said: "i don't believe that allah exists.""why do you say that?" asked the customer."well, you just have to go out in the street to realize that allah doesn't exist. Tell me, if allah exists, would there be so many sick people? Would there be abandoned children? If allah existed, there would be neither suffering nor pain. I can't imagine a loving allah who would allow all of these things."
the customer thought for a moment, but didn't respond because he didn't want to start an argument. The barber finished his job and the customer left the shop.
Just after he left the barbershop, he saw a man in the street with long, stringy, dirty hair and an untrimmed beard.he looked dirty and unkempt.
The customer turned back and entered the barber shop again and he said to the barber:"you know what? Barbers do not exist.""how can you say that?" asked the surprised barber. "i am here, and i am a barber. And i just worked on you!""no!" the customer exclaimed."barbers don't exist because if they did, there would be no people with dirty long hair and untrimmed beards, like that man outside.""ah, but barbers do exist!
That's what happens when PEOPLE NOT COME TO ME.""exactly!" affirmed the customer. "that's the point! Allah, too, does exist!
NB:
The lesson is pray! pray! pray! for what we want it... never ever give up HIS bless
Allah is absolutely exist
HaKikaT MusLiM IbdAie....
9/27/2010 Posted by lowprof
Kisah benar dari e-mail seorang teman.
Bacalah, renungkan dan share dgn semua muslim.
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.
kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.
Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.
20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat sesama lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.
Assalamualaikum wbt........Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.
Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? Betul tak?...
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.
Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.
Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan tidak terkata apa-apa kerana tersangat malu.
Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah?
Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat seseorang itu.
Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
'(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah! hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.' (ar-Raad : 28).
Ihsan Hamba Allah.
sumber disunting dari: http://www.facebook.com/note.php?note_id=148430541860937&id=100000750462949&ref=mf
Teamwork....
8/16/2010 Posted by lowprof
Didikan & Asuhan...
8/11/2010 Posted by lowprof
SiHaT & KuaT..
7/20/2010 Posted by lowprof
Hakikat Seorang Daie..
7/17/2010 Posted by lowprof
Ape beza...???
5/08/2010 Posted by lowprof
"Ameen! Mari sini, nak!" panggil Ruslan.
Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya.
"Kenapa, ayah?" tanyanya.
"Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu.
"Koyak duit itu sehingga lumat."
Tanpa membantah, Ameen mengoyak wang kertas itu. Kemudian, Ruslan memberikan pula sebuah bekas yang mengandungi banyak ais potong kepada Ameen.
"Kesemua ais potong ni kamu jual di sekeliling kampung. Dapat hasilnya kamu bawa ke mari," Ruslan memberi arahan yang seterusnya.
Lantas, Ameen keluar dari rumah sambil membawa bekas ais potong itu dan dijaja di sekitar kampung. Peluhnya mencurah-curah mengalir kerana menjual dari pagi sehingga petang. Panas terik langsung tidak dipedulinya kerana matlamatnya untuk mendapatkan hasil jualan itu. Habis sahaja kesemua ais potong itu, Ameen segera menemui ayahnya.
Ruslan mengira jumlah pendapatan hasil jualan itu dan mendapati kesemuanya bernilai RM10. Dia menyerahkan duit itu kembali kepada Ameen kemudian berkata,
"Sekarang kamu koyak duit-duit kertas ini."
"Apa?!" Ameen ternyata sangat terkejut.
Setelah banyak dia berkorban untuk mendapatkan hasil jualannya, senang-senang saja ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit jualan itu.
"Tak mahu! Ini hasil titik peluh saya! Mustahil saya akan mengoyaknya!"
***
Mengapa pelik anak kecil bernama Ameen itu? Ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit yang sama nilainya. Tetapi, Ameen tidak rela mengoyak duit kedua berbanding duit pertama yang diperolehinya. Itulah tamsilannya dalam dunia umat Islam sekarang.
Agama Islam memerlukan pengorbanan. Dengan adanya pengorbanan, seseorang akan berasa memiliki beragama. Kita lihat kisah sebentar tadi. Disebabkan RM10 yang diberikan Ruslan diperolehi Ameen tanpa usaha (pengorbanan), maka Ameen langsung tidak marah ketika mengoyaknya. Tetapi ketika RM10 yang diperoleh dari pengorbanan, susah payah, dan keringat Ameen menjual ais potong, maka dia berasa sangat marah apabila disuruh mengoyaknya.
Hari ini agama Islam yang kita anuti pada umumnya ialah Islam warisan orang tua kita. Kita menganutinya secara langsung sejurus selepas lahir tanpa melakukan pengorbanan. Sehingga ketika agama kita diganggu oleh kekuatan kafir yang mungkar dan zalim, umat Islam hari ini tenang-tenang sahaja. Ketika Islam berganti wajah dan baju mengikuti Yahudi dan Nasrani pun, umat Islam hanya berdiam saja.
Bahkan saat haraga diri umat Islam diinjak-injak oleh kekuatan batil melalui geraka permurtadan oleh zionis Yahudi dan missionaris Kristian, umat Islam hanya berpeluk tubuh. Seandainya proses mendapatkan Dinul Islam ini diperoleh dengan pengorbanan diri dan harta melalui perjuangan dan jerih kepayahan, maka kewibawaan agama Islam akan terjaga. Jika ada puak-puak yang cuba mengusik agama apatah lagi bermaksud untuk menghancurnya, dengan spontan umat Islam akan bergerak membelanya.
Mari kita renung firman ALLAH SWT dalam Surah as-Shaf 61:10-11 yang berbunyi:
"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui ( hakikat yang sebenarnya )".
Seterusnya, Rasulullah SAW ada bersabda:
قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَيُّ النَّاسِ أَفْضَلُ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُؤْمِنٌ يُجَاهِدُ فِى سَبِيْلِ اللهِ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، قَالُوْا ثُمَّ مَنْ قَالَ مُؤْمِنٌ فِى شِعْبٍ مِنَ الشِّعَابِ يَتَّقِى اللهَ وَيَدَعُ النَّاسَ مِنْ شَرِّهِ
Ditanya orang akan Rasulullah SAW,
" Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah SAW "Orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri." Mereka berkata : "Siapa kemudian?" Bersabda Rasulullah SAW "Orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Dipertik dari laman web: saifulislam.com
Kawan itu...
4/21/2010 Posted by lowprof
Hajat Mak....
4/01/2010 Posted by lowprof
Assalamualaikum,
Update pertama utk april.. alhamdulillah… selesai jugak penulis mengupdatenya, walaupun dlm keadaan mengantuk dan mls… ramai yang menceritakan ttg april fool… tapi penulis disini tidak akan berceritakan ttg itu… ttp berceritakan ttg kasih sayang seorang ibu kepada anaknya… mane ade kat dunia ni mak tak sayang anak sendiri… hasil sakit dan pengorbanan die mengandungkan kita… malah melahirkan kita jugak taw… ade yang kena bedah, ade yang songsang la… mcm abnormalities yang terjadi… semuanya ketentuan Allah utk menguji ibu kita… insyaAllah… dia lebih mengetahui ttg segalanya…
.... ye tak ye jgk....
pasal?
about palestine right?
bagi semangat sikit, jgn malas, dan alang2 dia ada kat sini promote KTD
diorg kat selangor belaka..
dia beri juga pasal palestin
maklumat banyak juga. remaja kini teruk
anakku, kamu tau tak sahabat kita dah jelajah Sabah every month. Berapa % pelajar KTD dr Sabah
ibu: Yg penting maklumat sampai
ooo..
hari tu... dapt taw.... mgkn 30% dari sabah kot...
tu kat kelantan... negeri dibawah bayangan kerajaan islam
kalau kat lain tak taw la mcm mane....
ishk2....
berita Utusan Msia, 17,500 anak haram pd 2009 yg di daftar. Setiap minggu ada sokmo jumpa mayat bayi atau buang bayi.
everyday ada kes bunuh. rogol tak sah kira lah.
nak cari pelajar yg dara dah payah
Jadi apa kita perlu buat. mak takut nanti kita akan ditanya, kenapa tidak sampaikan walau satu ayat
... balighuu anni walau aayat
isyaAllah...
DnT kat sini tetap berjalan...
Jadi ini aja usaha kita.... sampaikan spt pesan nabi
baru 2 ni mak pegi Haluanita, Dr Asmawati cerita
oooo...
Bila dikaji, punca akar umbinya adalah ibu bapa
mereka tidak mendidik dan mereka juga tidak terdidik
ayoh n mak diorg la..
tahu nak bercouple je sblm khawin... lps khawin, x reti nak didik anak2
yg salah kerana ia tak tau, cetek ilmu, yg lagi salah ialah yg tau tp tak beritau
kerana apa ... sebab kita jd org yg dicintai Allah, dikabulkan doa, dilindungi Allah.... apa lg nak.....
xde pape dah la...
no more objective to achive
despite of mardhotilllah
tapi ada lah pengorbanan yg kita perlu buat
bukan senang dan santai spt sekarang, kerja kuat,
realiti Malaysia masih mudah untk bekerja, cuma lawan nafsu dan kepentingan diri, tiada bom dan tiada darah dan debu-debu runtuhan
nak lawan nafsu tu payah tu....
Tapi kita masih merasa itu yg paling payah, kita sayang tinggalkan keseronokan dan ulitan mimpi kita
mak mungkin ada juga macm tu, sayang anak lebih,
hehhehe...
sayang suami lebih, sayang harta lebih.
NB:
Dgr cite ni… penulis jadi bertambah seronok nak balik ke mesia… dah tak lame dah… tggu 3 bulan je lagi…isyaAllah. But…penulis masih lame berada diperantauan… 6 thn kot…ntah nak buat ape kat sana selain belajar.. of course la ziarah tmpt lain… nak tggu mase keje nanti… maaf la pembaca weh… sibuk tak tentu pasal la waktu keje penulis… panggil sana, panggil sini… bajet kite ni robot… tapi … tu la dinamakan pengorbanan utk ummah… insyaAllah…. Yang penting, kita buat ape yang patut kita buat… and kita tolong ape yang patut kita tolong… yang lain tu, serah kat Allah…. Dia mengetahui segalanya dan Dia akan tolong sape yang menolong agamanya…
Kepada pembaca sekalian, sila doakan penulis di permudahkan utk balik ke mesia tahun ini.. tiket tak beli lagi… isyaAllah… mesia, tggu lah kepulangan ku…
Wassalam….